Dasar Pemulangan / Pertukaran Barang

• Bayaran balik secara tunai tidak tersedia. Walaubagaimanapun, jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk pembelian, pelanggan boleh mengembalikan barang tersebut kepada Al Aqsa Carpets dalam masa 3 hari waktu bekerja daripada tarikh penerimaan dan pilih produk lain untuk pertukaran.

• Sekiranya produk yang anda beli adalah produk ‘custom-made’ seperti rumput tiruan dan karpet masjid adalah tidak boleh dikembalikan atau ditukar.

• Item yang ingin dipulangkan haruslah tidak mempunyai kerosakan dan dalam keadaan baik. Prosess pemulangan melalui pos adalah tanggungjawab pelanggan. Apabila barang sampai ke warehouse kami, kami akan check semula barang dan proses pertukaran barang dilakukan.

• Pelanggan juga boleh terus buat pertukaran di outlet kami, di Al Aqsa Carpets Factory Outlet Store (AQSAFOS) di Desa Latania, Seksyen 36 Shah Alam.

Proses Pertukaran Barang Melalui Pos

  1. Anda boleh chat kami di platform online dalam tempoh 3 hari selepas terima barang (Email : customercare@alaqsacarpets.com) atau KLIK DI SINI.
  2. Ambil gambar barangan dan sebab kenapa pelanggan tidak mahu barangan tersebut.
  3. Anda perlu sertakan maklumat yang diperlukan (nombor order anda, nama, no. telefon, alamat dan butiran produk). Jika anda gagal berbuat demikian, semua permintan pemulangan / pertukaran akan dibatalkan serta-merta.
  4. Membungkus kembali parcel dalam keadaaan baik.
  5. Kos pemulangan barang adalah ditanggung oleh pelanggan.
  6. Selepas pihak kami terima barang proses pertukaran barang akan bermula.

Dasar Pemulangan Dan Penukaran Barang

  • Bayaran balik secara tunai tidak tersedia. Pemulangan dan penukaran item mestilah dilakukan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima item.
  • Kos pemulangan and penghantaran baru akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
  • Pelanggan yang membeli secara walk-in, dan ingin menukar produk disebabkan warna tidak diminati , tidak bersesuaian adalah tidak dilayan sama sekali.
  • Sekiranya produk yang anda beli adalah custom-made seperti karpet masjid, karpet pejabat, karpet premium atau rumput tiruan tidak boleh dikembalikan atau ditukar.
  • Nilai item yang ingin ditukar perlu sama atau lebih dariapda jumlah nilai pembelian. Anda perlu membuat penambahan sekiranya nilai melebihi daripada pembelian pertama. Sekiranya nilai item yang ingin ditukar kurang, baki tersebut tidak akan digantikan dengan bayaran tunai.
  • Pembelian secara online boleh rujuk cara dibawah untuk proses penukaran item disebabkan oleh kecacatan, kerosakan produk atau ketidakpuasan hati. Proses pemulangan dan penukaran item boleh dilakukan secara walk-in ke cawangan kami atau secara online.
  • Jika anda bersikap tidak profesional, bertindak kasar, menggunakan bahasa yang tidak elok/kesat, pihak kami berhak menolak permohonan anda.
  • Imej produk yang dipaparkan di dalam laman sesawang mungkin sedikit berbeza daripada produk sebenar yang diterima. Kami berusaha untuk memaparkan setepat mungkin warna produk yang ada di laman sesawang. Kami juga tidak menjanjikan sekiranya anda membuat pembelian berulang (batch yang berbeza), anda akan terima warna yang sama seperti sebelumnya. 
  • Tuntunan adalah tidak valid sekiranya produk telah haus, kotor atau rosak. Al Aqsa Carpets berhak menolak pemulangan / pertukaran barang yang tidak dalam keadaan sempurna kecuali produk yang diterima adalah rosak.

A. Proses Pemulangan Dan Penukaran Barang Melalui “walk-in”

  1. Pelanggan perlu maklumkan kepada kami untuk pemulangan dan penukaran item melalaui Whatsapp 0146014611 atau emel kami di customercare@alaqsacarpets.com. Sila sertakan
    1. Bukti bergambar
    2. Maklumat nama pembeli,
    3. No. Telefon pembeli,
    4. No. Order pembelian
    5. Tarikh pembelian.
  2. Pihak Al Aqsa akan membuat semakan memberikan jawapan sama ada, boleh melakukan sebarang pemulangan dan penukaran.
  3. Jika pihak kami membenarkan proses pemulangan dan penukaran, anda perlu datang bersama item ke cawangan Al Aqsa Carpets dan melakukan pemulangan dan penukaran.
  4. Item yang dipulangkan haruslah tidak mempunyai kerosakan yang melebihi daripada bukti gambar yg diberikan dan dalam keadaan baik.
  5. Apabila barang sampai ke cawangan, kami akan semak semula barang dan barulah proses pemulangan dan penukaran item akan dilakukan.

B. Proses Pertukaran Barang Melalui Pos

  1. Pelanggan perlu maklumkan kepada kami untuk pemulangan dan penukaran item melalaui Whatsapp 0146014611 atau emel kami di customercare@alaqsacarpets.com. Sila sertakan

    1. Bukti bergambar
    2. Maklumat nama pembeli,
    3. No. Telefon pembeli,
    4. No. Order pembelian
    5. Tarikh pembelian.
  2. Pihak Al Aqsa akan membuat semakan memberikan jawapan sama ada, boleh melakukan sebarang pemulangan dan penukaran.
  3. Jika pihak kami menerima dan membenarkan proses pemulangan dan penukaran item, anda boleh melakukan pemulangan menggunakan pos melalui mana-mana khidmat kurier. Proses pemulangan item melalui pos adalah tanggungjawab pelanggan.
  4. Pihak Al Aqsa berhak menolak sebarang penukaran barang jika berlaku kerosakan pada item semasa penghantaran semula kepada kami (selain dari kerosakan atau kecacatan dari pihak kami.).
  5. Selepas semakan semula, jika tiada sebarang kerosakan (dari penghantaran semula), kami akan melakukan penukaran item dan menghantar semula barangan kepada anda.

C. Dasar Tuntutan Kerosakan Produk

  1. Sekiranya anda terima item dalam keadaan yang tidak sempurna atau terima barang kurang dari kuantiti dibeli atau kuantiti yang di iklankan, anda boleh aduan melalui Whatsapp kami di 0146014611 atau emel: customercare@alaqsacarpes.com.
  2. Aduan perlulah dilakukan dalam tempoh 2 hari selepas produk diterima, dan aduan anda perlulah menyertakan maklumat seperti

    1. Bukti bergambar
    2. Maklumat nama pembeli,
    3. No. Telefon pembeli,
    4. No. Order pembelian
    5. Tarikh pembelian.
  3. Kami akan lakukan semakan terhadap aduan yang anda berikan, dan memberi maklumbalas dalam tempoh 24jam waktu berkerja untuk aduan yang diterima.
  4. Produk diklasifikasi sebagai mempunyai kecacatan jika ia diterima rosak selepas pengahantaran yang berpunca dari khidmat kurier, atau kesalahan pembuatan daripada kilang.
  5. Setelah pemeriksaan dilakukan dan permohonan anda diterima, pihak Al Aqsa akan menawarkan salah satu dari 3 pilihan tuntutan:

    1. Diskaun untuk pembelian produk
    2. Penggantian dengan produk baharu
    3. Voucher pembelian seterusnya